![DANA MASJID SUNGAI BAKAP LAMA DANA MASJID SUNGAI BAKAP LAMA](https://masjidsgbakap.onpay.my/media/forms/2-dana-masjid-sungai-bakap-lama-fb-amin-1670484123.jpg)
MEROBOH DAN MEMBINA SEMUA MASJID LAMA SUNGAI BAKAP,SPS DAN SEKOLAH KAFA
Masjid Lama Sungai Bakap kini telah berusia 60 tahun. Banyak infrastruktur yang telah rosak, dan mereput akibat dimamah usia.
Penduduk di kawasan ini juga semakin bertambah. Jika dulu generasi pertama yang mengimarahkannya, kini giliran generasi ket-3 dan seterusnya untuk membangunkan masjid ini.
Begitu banyak jasa masjid ini kepada penduduk Islam di kawasan ini. Laungan azan yang berkumandang dari corong menara Masjid Lama Sungai Bakap setiap pagi juga menandakan teguhnya syiar Islam di kawasan ini.
Tun Datuk Seri Utama, Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak juga telah dibesarkan dengan menggunakan masjid ini untuk menuntut ilmu-ilmu agama dan bersolat jemaah.
Beliau juga seorang gabenor di Pulau Pinang atau Tuan Yang Terutama (TYT) dan adalah orang Islam yang terpenting di negeri ini.
Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Baru
TYT juga telah melancarkan Tabung Pembinaan Masjid Baru pada 22 April 2022. TYT juga menyokong usaha jawatankuasa Masjid Lama Sungai Bakap untuk membina semula bangunan ini.
Dengan pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Baru ini juga sekaligus membolehkan pihak masjid mencari dana RM16 juta untuk pembinaan masjid yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti untuk anak-anak kariah di kawasan itu.
Antara fasiliti yang akan dibangunkan di sini adalah :
- Dewan solat
- Dewan kenduri
- Dewan mesyuarat
- Kelas
- Pejabat
- Tandas
- Parkir
Pembinaan masjid baharu ini adalah mengikut keperluan zaman dan untuk kemudahan penduduk di kawasan sekitar. Anak-anak kecil juga boleh belajar KAFA di kawasan masjid ini yang lebih terjamin keselamatan mereka.
Hal ini juga sebagai mendidik tabiat ke masjid sejak dari kecil, dan sayang akan rumah Allah ini.
Matlamat lain juga adalah untuk terus menjadikan masjid sebuah tempat berkumpul dan pit-stop center bagi semua golongan untuk mendapatkan info, bantuan dan memberi bantuan.
Ayuh marilah kita bersama menjayakan dan menjadi sebahagian penyumbang untuk pembinaan masjid baharu ini. Kita menyumbang, bersedekah, berinfak dan berwakaf hari ini sebagai pelaburan di alam kubur nanti.
Malah, jika kita selalu bersedekah untuk pembinaan rumah Allah juga akan menerima balasan di dunia.
“Tiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan sedekah dan kedekut kemusnahan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) |